Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pegawai Polis Direman Tiga Hari Bantu Siasatan Rasuah

6:42pm 20/04/2016 Pak Roshan 691 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

TAWAU : Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor ditahan reman selama tiga hari mulai hari ini hingga 22 April bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah melibatkan wang sebanyak RM3,000.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, Amir Shah Amir Hassan terhadap suspek berusia 32 tahun yang merupakan seorang pegawai pendakwa.

Suspek direman mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 kerana meminta atau menerima rasuah.

Suspek ditahan SPRM kira-kira pukul 2.30 petang semalam di dalam kenderaan miliknya di Jalan Damai, Tawau, kerana disyaki menerima rasuah daripada anggota keluarga pengadu bagi membebas dan mengurangkan hukuman berkaitan kesalahan memiliki samurai dan senjata berat.

–BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan