Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pegawai kerajaan berhadapan tuduhan menyamar bagi tujuan menipu

KOTA KINABALU- Seorang pegawai kerajaan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyamar sebagai orang lain bagi tujuan menipu.

Tertuduh, Faizal Hassan, 41 didakwa menipu Ibu Pejabat SEDCO dengan menyamar orang lain bagi mengaktifkan kad kredit yang boleh digunakkan di Pejabat Agensi APMM pada jam 8.57 malam pada 11 Ogos 2005.

Tertuduh didakwa dibawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menetapkan tarikh 23 Mac, tahun ini sebagai pengurusan kes dan tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 2,500 beserta dua orang penjamin tempatan.

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Isfandiar Dr Japri. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan