Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pegawai Kastam Tawau Antara Ditahan SPRM Siasat Kes Rasuah

TAWAU, 9 Ogos – Seorang pegawai kanan kastam antara tiga individu lelaki yang ditahan Suruhanyaja Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes berkaitan salah laku melepaskan sebuah bot disyaki melanggar undang-undang.

Pegawai terbabit bersama dua kerani sebuah syarikat pengangkutan dan pemunggahan  berusia antara 29 hingga 49 tahun, itu ditahan di pejabat SPRM serta sekitar bandar di sini semalam antara pukul 5.15 petang hingga 7.35 malam.

Menurut sumber SPRM, penahanan kakitangan kastam itu dipercayai kerana meminta wang rasuah bernilai  RM3,000 daripada seorang lelaki sebagai balasan untuk melepaskan sebuah bot yang kononnya mempunyai kesalahan iaitu  tidak mengistyiharkan enjin bersama dengan bot yang diimport dari Jepun itu.

Dua kerani itu pula masing-masing ditahan kerana disyaki bersubahat menerima wang rasuah serta menjadi orang tengah dalam kes berkenaan.

Kesemua mereka kini direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 (a) dan 17(a) Akta SPRM 2009.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Herlina Muse di Mahkamah Majistret Tawau hari ini.

Prosiding bagi mendapatkan perintah tahanan reman itu dikendalikan Penolong Penguasa Jaffaruddin Shahari.

–BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan