Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pegawai JPN tidak mempunyai kuasa untuk mengubah status agama

9:37pm 02/03/2017 Leolerry Lajius 163 views Kota Kinabalu,Tempatan,YB Datuk Haji Masidi Manjun

KOTA KINABALU: “Pegawai Pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak mempunyai kuasa untuk mengubah status agama dalam kad pengenalan ataupun surat beranak.”

Demikian ditegaskan oleh Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, ketika ditanya media berhubung sebuah keluarga di Daerah Ranau yang tidak dapat mendaftarkan anaknya ke sekolah selepas JPN belum mengeluarkan sijil kelahiran kanak-kanak berkenaan.

“Ramai orang yang salah sangka bahawa pegawai JPN mempunyai kuasa untuk mengubah status agama di dalam kad pengenalan ataupun surat beranak.”

“Perkara ini tidak benar kerana kuasa  untuk menentukannya terletak di tangan badan keagamaan,”katanya ketika ditemui media selepas majlis Perasmian Pameran Fotografi Solo ‘Visual Journey’ Amri Ginang, di Balai Seni Lukis Sabah, di sini, hari ini.

Beliau turut menyatakan bahawa, keluarga yang terbabit juga telah dibawa berjumpa dengan pengarah pendaftaran hari ini bagi urusan pendaftaran persekolahan anak berkenaan.

“Perkara yang paling penting dalam hal ini adalah kita harus membantu anak berkenaan untuk berdaftar bagi mengikuti sesi persekolahan.”

“Berhubung isu ini ia harus dilihat dalam dua perkara yang berbeza iaitu bagaimana mahu menyekolahkan anak tersebut dan kedua adalah status agama pada dokumen ibu anak itu,”katanya.

Masidi ketika melihat hasil karya Amri Ginang sempna pameran berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Sementara itu, mengulas mengenai pameran  berkenaan, beliau menyatakan program seumpama itu merupakan satu paltfrom perkongsian ilmu yang amat bermakna kerana selain mengadakan pameran,  Amri juga turut mengadakan bengkel ceramah merangkumi Potrait Linghting, Art of Seeing dan Digital Imaging.

“Saya menyeru kepada semua penggemar fotografi untuk mengambil peluang keemasan ini untuk menikmati dan menimba peluang yang jarang-jarang kita dapat dari saudara Amri,”katanya.

Pameran yang dibuka secara percuma kepada orang ramai itu akan berlangsung bermula hari ini hingga bulan April nanti.-Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

Masidi (dua dari kanan) menunjukkan salah satu karya Amri sambil diperhatikan oleh Amri (kanan).-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan