Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pegawai Jabatan Air Tawau direman

7:38pm 20/10/2016 Pak Roshan 11148 views Mutakhir,Tawau,Tempatan
SUSPEK di Mahkamah Majistret Tawau. FOTO Norasikin Daineh

SUSPEK di Mahkamah Majistret Tawau. FOTO Norasikin Daineh

Tawau: Tiga pegawai Jabatan Air Tawau ditahan reman selama empat hari mulai hari ini oleh Mahkamah Majistret di sini, bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion di Sabah.

Perintah reman terhadap suspek berusia antara 40 dan 50 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Faizal Che Saad.

Difahamkan, tiga suspek antara 19 kakitangan Jabatan Air Sabah yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari 29 lokasi seluruh Sabah yang ditahan bagi membantu kes berkenaan.

Menurut sumber, semua individu yang ditahan itu adalah jurutera dan ketua di peringkat bahagian serta daerah membabitkan 27 lokasi di seluruh Sabah. – myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan