Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pegawai eksekutif KKIA bebas dengan ikat jamin RM8,000

PEGAWAI Eksekutif Unit Komersial di KKIA (kiri) diiringi anggota SPRM selepas mendapat perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu semalam. –  Foto Kosmo Online

 

KOTA KINABALU, 10 Ogos – Seorang pegawai eksekutif unit komersial Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung dakwaan  kes rasuah kelulusan tapak sewaan di KKIA, hari ini dibebaskan dengan ikat jamin RM8,000 dengan RM5,000 didepositkan.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus membuat keputusan itu selepas tempoh reman empat hari yang bermula Selasa lepas ke atas lelaki berumur dalam lingkungan 50-an itu tamat hari ini.

Lelaki itu ditahan SPRM pada 6 Ogos lepas setelah dikatakan menerima suapan antara RM500 hingga RM4,500 bagi setiap kelulusan tapak sewaan yang kesemuanya berjumlah RM36,500 dan pembayaran dibuat dengan memasukkan wang tersebut ke dalam akaun miliknya.

Kes disiasat menerusi Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang tinggi, jika sabit kesalahan.

Tertuduh diwakili peguam PJ Pereira dan Ariel Dasan manakala SPRM diwakili pengawai penyiasatnya Mohd Faizal Abdul Razak.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan