Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pegawai Daerah hasrat jadikan Semporna ‘Bandar Sejahtera’

semporna

SEMPORNA: Pegawai Daerah Semporna, Dr. Chaho Bullah mahu menjadikan daerah Semporna sebagai sebuah `Bandar Sejahtera’ yang teratur dan lengkap dengan kemudahan serta bebas daripada sampah.

Namun katanya untuk mencapai ke arah itu memerlukan perancangan yang rapi dan kerjasama daripada masyarakat serta semua pihak yang berkaitan.

“Banyak yang perlu dilakukan dan saya tak mahu buat perancangan terburu-buru kena teliti, ini kawasan perlu perancangan, walau ambil masa tapi perlu kerja pasukan, kita tak mahu daerah ini diiktiraf `Bandar Sampah’,’’katanya.

Beliau berkata demikian ketika program soal jawab bersama pemimpin masyarakat ketika Program Semarak ESSCOM di Dewan Pasukan Gerakan Marin (PGM) baru-baru ini.

Katanya, isu sampah memerlukan kerjasama semua pihak dan tidak boleh menuding jari kepada Majlis Daerah Semporna semata-mata.

“Jangan tunjuk kepada MDS sahaja, ini daerah kita, tanggungjawab kita, jadi masalah isu sampah ini kena diatasi kerana ianya bukan sahaja membawa penyakit malah mencemarkan pemandangan daerah kita.

Dalam pada itu katanya, masalah penjaja kecil yang berjualan di kaki-kaki lima dan pasar ikan, beliau berkata, pihaknya akan mencari penyelesaian untuk menempatkan mereka di satu kawasan khusus untuk berniaga.

“Kita akan cari jalan dan tempatkan mereka ini di satu tempat kerana mereka ini saya percaya lebih 20 tahun berniaga seperti itu dan akan pastikan semua warga MDS memakai uniform rasmi untuk mudah dikenali mereka.

Beliau dalam pada itu meminta masyarakat mengubah budaya dan mempunyai mentaliti sihat bagi merealisasikan perancangan yang ingin dilaksanakan.

“Kena bersifat telus, saya tidak takut dikomen tetapi biarlah yang membina dan bukan bersifat menjatuhkan, beri saya juga ruang untuk bernafas,’’katanya lagi.

Komen


Berita Berkaitan