Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pegang teguh ajaran Islam sebenar

Zaiton (tengah) menyampaikan sumbangan kepada Kelas Bimbingan Saudara Kita Kampung Sinulihan. - foto Kalawon Sawing
Zaiton (tengah) menyampaikan sumbangan kepada Kelas Bimbingan Saudara Kita Kampung Sinulihan. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Umat Islam perlu berpegang teguh pada ajaran al-Quran agar tidak tersesat dan terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Pensiangan, Zaiton Anik berkata, umat Islam perlu memberi didikan dan pendedahan tentang pentingnya isi kandungan al-Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan khususnya generasi Islam masa kini.

Katannya, pada hari ini umat Islam bukan sahaja diancam dengan hakisan nilai-nilai murni bahkan budaya barat meresap masuk kepada generasi muda.

“Pada hari ini ada di antara umat Islam yang tidak lagi memperdulikan apatah lagi untuk mengamalkan ajaran Islam yang terkandung dalam al-Quran. Al-Quran tidak lagi dijadikan sebagai bahan rujukan utama dalam kehidupan mereka,” katanya ketika berucap merasmikan Kelas Bimbingan Saudara Kita Kampung Sinulihan, di sini hari ini.

Ini katanya, menyebabkan berlakunya keruntuhan akhlak di kalangan anak-anak remaja sebagaimana yang sering terpampang dalam akhbar di negara ini. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan