Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pecah masuk premis perniagaan 4 orang dicekup Polis

7:19pm 12/01/2016 Ann Vivien 88 views Jenayah,Tempatan
Douglas menunjukkan cetakan rakaman CCTV yang telah membantu pihak polis mengesan dan menangkap kesemua suspek.

Douglas menunjukkan cetakan rakaman CCTV yang telah membantu pihak polis mengesan dan menangkap kesemua suspek.

KENINGAU: Empat lelaki  termasuk seorang yang tidak mempunyai dokumen yang memecah masuk sebuah premis perniagaan di Lot 23 Padasa Comercial Complex di pekan ini dicekup polis hasil pengesanan rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV)  di premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong berkata, pada 10 Januari lepas sekitar jam 11.00 pagi, pemilik kedai berkenaan dimaklumkan, kedainya, Cahaya Solar telah dipecah masuk.

“Apabila diperiksa, didapati bahagian pejabat kedai serta kaunter hadapan telah digeledah oleh suspek dan didapati wang tunai RM4,830.00 dan sebuah handphone jenama Samsung Note 5 bernilai RM2,650.00 telah hilang. Pemilik kedai telah melihat rakaman CCTV dan mendapati terdapat tiga orang lelaki telah memecah masuk kedainya kemudian membuat laporan polis” katanya dalam satu sidang media selepas perhimpunan bulanan IPD di sini pada Selasa.

Bertindak atas maklumat katanya, pada 11 Januari jam lebih kurang 11.30 malam, sepasukan polis daripadan Cawangan Jenayah IPD Keningau yang diketuai oleh Inspektor Roning Bin Mulut telah pergi ke sebuah rumah tidak bernombor di salah sebuah kampung di Apin-Apin dan berjaya menangkap seorang lelaki yang dipercayai terlibat dengan kes-kes pecah kedai di kawasan pekan ini.

“Hasil soalsiasat yang dijalankan terhadap tangkapan pertama, telah mendedahkan rakan sejenayahnya. Berikutan pendedahan itu pada 12 Januari lebih kurang jam 1.30 pagi bertempat di jalan Awas-Awas Apin-Apin dua orang lelaki telah ditangkap kerana dipercayai terlibat dengan kes ini. Pada tarikh yang sama lebih kurang 2.00 pagi, bertindak atas maklumat sepasukan polis yang diketuai oleh ASP Khairu Amra Bin Haron telah berjaya menangkap seorang lagi lelaki yang disyaki terlibat dalam kes ini. Dengan tertangkapnya empat penjenayah itu, polis yakin akan dapat menyelasaikan kes pecah masuk Pos Laju yang dilaporkan baru-baru ini dan beberapa kes pecah kedai dan rumah kediaman di sekitar pekan ini” jelas Douglas. -Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan