Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,798

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pecah amanah syarikat kosmetik, penjara 15 bulan,

8:29pm 23/11/2015 Ann Vivien 132 views Jenayah,Tempatan

 

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

TAWAU: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan ke atas seorang penyelia wanita di syarikat kosmetik kerana melakukan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM58, 446.40.

Surina Samsuddin, 23, mengaku kesalahan itu di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan yang dilakukannya di Syarikat Sendayu Tinggi Holdings Sdn Bhd, Sabindo Plaza dari bulan April sehingga November 2014.

Fakta kes menunjukkan, tertuduh mula bekerja di syarikat itu sebagai khidmat pelanggan pada 5 September 2013 dan dinaikkan pangkat sebagai penyelia pada 1 April 2014 yang bertanggungjawab memastikan operasi dan pengurusan syarikat lancar dan mengikut prosedur ditetapkan syarikat.

Dalam tempoh tersebut, tertuduh tidak memasukkan hasil jualan barangan kecantikan dan kesihatan ke dalam satu akaun Maybank yang berjumlah RM58, 446.40 dan menggunakan wang tersebut untuk peribadi.

Surina didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan disebat dan boleh didenda jika sabit kesalahan. Pegawai Pendakwa Polis Inspektor Rozelinna Baharuddin menjalankan pendakwaan kes.-Alanna Adam/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan