Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pecah amanah RM1.3 juta

pecahamanah

IPOH: Seorang wanita ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kes pecah amanah membabitkan penipuan kad tambah nilai telefon bernilai RM1.3 juta.

Wanita yang berusia 33 tahun itu, yang beralamat di Taman Ipoh Timur, di sini, dipercayai ‎mengambil stok tanpa kebenaran daripada syarikatnya bekerja dengan mengubah suai invois asal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Perak berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengarah pengurusan sebuah syarikat pengedaran telekomunikasi yang mendapati‎ kekeliruan pada stok tambah nilai daripada dalaman syarikat berdasarkan penelitian laporan pada bulan Januari hingga Mac lalu.

“Suspek disyaki mengubah suai invois berjumlah lebih kurang RM1.3 juta di mana pekerja wanita itu mengeluarkan stok berkenaan dengan memberikan arahan kepada kakitangan penghantaran tanpa pengetahuan penjaga stor.

“Hasil daripada siasatan yang dijalankan, pihak kami bertindak menahan suspek petan‎g semalam dan mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Sesyen Ipoh sebentar tadi,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Suspek direman tiga hari sehingga Ahad ini. -GAMBAR- hmetro.com.my

Komen


Berita Berkaitan