Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Pecah amanah: Pengurus bakal mengetahui hukuman pada 21 Mac

3:40pm 04/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 752 views Jenayah,Tempatan
Tertuduh

Tertuduh

KOTA KINABALU- Seorang pengurus syarikat mengaku salah di Mahkamah Sesyen, disini, hari ini atas pecah amanah wang sejumlah RM 303,955.00

Gary Gedion, 25 melakukan kesalahan tersebut di Syarikat Hoon San Credit Sdn Bhd, Kota Marudu, dalam lingkungan jam 9.40 pagi sehingga 4.30 petang, pada 5 Mei sehingga 24 Jun tahun lalu.

Gary dituduh di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 14 tahun dan dengan sebat, dan boleh juga dikenakan denda.

Walau bagaimanapun, Hakim Azreena Aziz menetapkan tarikh 21 Mac depan bagi sebutan semula untuk fakta dan hukuman.

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh untuk terus ditahan sehingga tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Husna Abdul Halim. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan