Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Pecah amanah: lelaki dihukum tiga tahun penjara dan sebatan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki warga tempatan dihukum tiga tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen, disini hari ini setelah mengaku bersalah atas kesalahan pecah amanah melibatkan wang tunai berjumlah RM3463.05.

Selain itu, Hakim Ainul Shahrin Mohammad turut memerintahkan agar tertuduh di sebat sebanyak tiga kali.

Ramsnaden Magius, 26, melakukan kesalahan tersebut di pejabat Kedai Rakyat Satu Malaysia, Kudat pada jam 9.30 pagi, 11 Februari yang lalu.

Mengikut pertuduhan, Ramsnaden dihukum dibawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi 14 tahun serta sebatan atau denda.

Dalam mitigasi, tertuduh tidak diwakili peguam bela merayu agar hukuman minima dikenakan ke atasnya.

Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Husna Abdul Halim memohon agar hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh.-Syafathin M.Y./SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan