Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,686

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PDRM Tunggu Keputusan DNA Penemuan Mayat Tanpa Kepala

8:02pm 16/12/2015 Pak Roshan 254 views Isu Semasa,Mutakhir

Tan-Sri-Khalid-Abu-Bakar

KUALA LUMPUR – Polis masih menunggu keputusan laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mangsa culik Bernard Then Ted Fen untuk memastikan sama ada satu mayat tanpa kepala yang ditemukan di selatan Filipina semalam adalah rakyat Malaysia itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya belum menerima sebarang maklum balas daripada pihak berkuasa Filipina berhubung kejadian itu.

“Kami sudah hantar DNA sebelum ini bagi tujuan pengecaman mayat. DNA itu dapat membantu siasatan terhadap penemuan mayat tanpa kepala disyaki Then,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis PDRM ‘Green Day Programme’ di sini, hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pasukan keselamatan Filipina telah menjumpai satu mayat tanpa kepala yang disyaki Then.

Then yang berasal dari Sarawak diculik sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah restoran makanan laut di Sandakan, Sabah pada 14 Mei lepas bersama pengurus restoran itu, Thein Nyuk Fun, 50. Thien bagaimanapun dibebaskan pada 8 Nov lepas.

Then dipercayai dipenggal oleh kumpulan penculik itu pada 11 Nov di Kepulauan Jolo namun belum ada pengesahan sehingga kini.

Menyentuh mengenai kes 103 daripada 135 penumpang Malaysia Airlines Bhd (MAB) penerbangan MH741 dari Yangon, Myanmar yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi gagal menjalani pemeriksaan imigresen, Khalid berkata MAB perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana ia membabitkan keselamatan negara.

“Pihak MAB sepatutnya bekerjasama dengan polis dan imigresen bagi memastikan semua penumpang menggunakan laluan yang diperuntukkan walaupun penerbangan itu melakukan pendaratan yang tidak dijadualkan kerana masalah cuaca di Myanmar dan sebagainya, itu tidak menjadi persoalan,” tegasnya.

Sehubungan itu, penumpang yang tidak menggunakan laluan sah dan gagal mendapatkan pengesahan dokumen perjalanan diminta melapor diri ke pejabat imigresen atau mana-mana balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut.

“Sama ada warganegara atau bukan warganegara yang masuk ke negara ini mesti masuk melalui laluan yang sah dan kami (polis) bersama imigresen akan cuba menjejaki mereka,” katanya.

Pesawat itu pada asalnya dijadualkan mendarat di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tetapi terpaksa mendarat di Langkawi kerana masalah cuaca. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan