Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PDRM teliti dakwaan Amerika Syarikat

seluduporang

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius dakwaan Laporan Penyeludupan Manusia 2014 Jabatan Negara Amerika Syarikat yang menyenaraikan Malaysia, Thailand dan Venezuela sebagai pusat penyeludupan terburuk di dunia.

Oleh Mohd Hasbi Sidek [email protected] Sambil menyatakan polis meneliti laporan itu secara mendalam, pihak berkuasa akan mengkaji dan meningkatkan usaha membanteras jenayah penyeludupan manusia mengikut keperluan semasa.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan meneliti laporan berkenaan untuk mengetahui kelemahan yang timbul sekiranya dakwaan itu betul.

“Langkah untuk membanteras aktiviti penyeludupan manusia ini membabitkan banyak pihak dan bagi polis sendiri, kita memang mengambil berat kegiatan jenayah ini,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoA) antara PDRM dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM), di sini, semalam.

Kata Khalid, beliau sudah melihat sendiri laporan berkenaan dan perkara ini perlu diteliti dan dikaji semula.

Dalam laporan berkenaan, Amerika Syarikat menyenaraikan Malaysia sebagai pusat penyeludupan manusia terburuk dunia dan diturunkan taraf kepada status ‘Tier 3’ yang paling rendah kerana tidak mematuhi sepenuhnya piawaian minimum bagi penghapusan jenayah itu.

Selain itu, ia menyatakan Malaysia tidak melakukan usaha mencukupi memperbaiki rejim perlindungan mangsa yang kurang berkesan dan cuma menyiasat segelintir kes berbanding pada 2012.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata, polis akan mengambil tindakan terhadap tekong bot yang menggunakan ‘walkie-talkie’ secara haram.

“Memang kita mengetahui wujudnya kegiatan ini kerana peralatan yang digunakan oleh kumpulan haram terutama bagi tujuan penyeludupan senang didapati di pasaran,” katanya.

Dalam majlis yang berlangsung jam 3 petang itu juga, PDRM menyampaikan sijil pelantikan pegawai kehormat Kor Sukarelawan Simpanan Polis kepada sebahagian pegawai yang dilantik dari UiTM.

Komen


Berita Berkaitan