Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PDRM Tekad Buru Militan – Bakri Zinin

militan2

KOTA KINABALU:  Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertekad untuk memburu mana-mana individu atau kumpulan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan militan, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Zinin.

Beliau berkata PDRM tidak akan berkompromi dengan sebarang kegiatan militan termasuk kumpulan Darul Islam yang berpusat di Sabah dan dipercayai menjalankan kegiatan berkenaan.

Katanya PDRM memandang serius kegiatan militan ekoran beberapa siri tangkapan yang dilakukan di Kedah, Selangor, Perak dan negeri ini baru-baru ini.

“Kumpulan militan yang sedang kita pantau adalah kumpulan warga tempatan yang mendapat latihan di negara jiran, mereka kembali ke Malaysia sebelum bersedia berjihad.

“Kita memantau rapi kumpulan-kumpulan yang kita kenal pasti termasuk Darul Islam dan mengkaji tindakan susulan (penangkapan) berdasarkan peruntukan perundangan negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) 2014 di sini Khamis.

Majlis penganugerahan melibatkan 201 bekas pegawai dan anggota polis yang berkhidmat pada zaman darurat antara tahun 1948 hingga 1974.

Ia disempurnakan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin yang turut dihadiri Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi berkata PDRM perlu efisien dan bertindak berdasarkan maklumat yang cukup dan kukuh berhubung kegiatan militan dan keganasan walaupun PDRM mempunyai kemampuan risikan dan kerjasama serantau.

Jelasnya, PDRM hanya diperuntukkan 28 hari untuk menahan dan menyoal siasat suspek mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sebelum pihak berkenaan dibawa ke mahkamah.

Komen


Berita Berkaitan