Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PDRM Tawau Bertindak Melalui Pencegahan Tangani Penyalahgunaan Dadah dan Jenayah

10:48pm 30/07/2016 Pak Roshan 418 views Jenayah,Mutakhir

13680815_651335211692353_1329136690047996679_n

PDRM TAWAU BERTINDAK MELALUI PENCEGAHAN TANGANI PENYALAHGUNAAN DADAH DAN JENAYAH

Tawau, 30 Julai 2016 – Dalam meneruskan strategi ‘Agressive Policing’ untuk membanteras penyalahgunaan dadah, sepasukan polis diketuai SM Ahmad Jalani bin Md Isa; Ketua Polis Balai Bombalai telah mengadakan Ops Pembersihan Penagih dan Pengedar Dadah petang semalam.

Ops yang diadakan bertujuan untuk mengesan elemen penyalahgunaan serta pengedaran dadah telah diadakan di Kampung Merotai Besar, Kampung Langsat dan Kampung Simpang Tiga.

Walaupun berlaku sedikit pergelutan semasa serbuan, pihak polis berjaya menahan 14 orang terdiri dari warga tempatan dan warga asing berusia 15 hingga 35 tahun disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Hasil saringan awal ujian air kencing mendapati 8 dari mereka positif dadah.

Mereka kemudiannya dibawa ke balai untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah berbahaya 1952.

Dalam pada itu, sepasukan polis yang sedang membuat rondaan cegah jenayah sekitar jam 9.00 malam pula berjaya menahan seorang suspek yang menjadi dalang kes pecah masuk di sebuah tadika awal tahun lalu.

Lelaki warga asing berumur 23 tahun itu ditahan di Kampung Pasir Putih Asli ketika berlegar-legar di kawasan berkenaan.

Sumber :  Facebook Polis Daerah Tawau

Sebarang maklumat berkaitan jenayah dan dadah boleh disalurkan melalui:
Inbox laman FB Polis Daerah Tawau
Talian hotline IPD Tawau – 089772121
Balai-balai polis berdekatan

13880411_651335158359025_8046674926779538609_n 13886342_651335195025688_5767165265257456407_n gari

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan