Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PDRM Sabah Adakan Lelongan Aset Pada 16 Jun Ini

8:03pm 09/06/2016 Pak Roshan 17435 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah

Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah

KOTA KINABALU : Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan jualan lelongan aset alih kerajaan pada 16 Jun ini di sini.

Menurut kenyataan Polis Kontinjen Sabah hari ini, jualan lelongan itu akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah pada 10 pagi.

Barang yang dilelong termasuk barang kemas, jam tangan, kenderaan dan motosikal.

Menurut kenyataan itu lagi, pembida yang berjaya hendaklah mengemukakan pembayaran dalam tempoh tujuh hari dari tarikh lelong dan mengambil aset dalam tempoh 14 hari.

Jika gagal mengambil aset dalam tempoh ditetapkan, pihak PDRM berhak untuk melupuskan aset tersebut.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan