Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PDRM, POLRI Adakan Pertemuan Di Sempadan Malaysia-Indonesia

polisri

TAWAU : Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Republik Indonesia (POLRI) hari ini mengadakan perbincangan secara tertutup di Kapal PDRM di Muara Sungai Haji Kuning, Sebatik, dekat sini.

Perbincangan yang dibuat di sempadan Malaysia-Indonesia itu disertai Timbalan Pesurujaya Polis Sabah, Datuk Abdul Malik Harun yang mewakili PDRM dan POLRI diwakili Kepala Kepolisian Kalimantan Timur (KALTIM) Inspektur Jen Andayono.

Turut hadir dalam perbincangan yang berlangsung selama kira-kira satu jam setengah itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Sabah, Datuk Salehhudin Abd Rahman serta beberapa pegawai kanan dari Kontinjen Sabah.

Antara perbincangan yang dibuat kedua-dua pihak adalah mengenai masalah jenayah rentas sempadan yang perlu ditangani melalui kerjasama PDRM dan POLRI.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan