Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PDRM perlu tingkat integriti

Sairin Karno (tengah, barisan belakang) dan tetamu lain bergambar kenangan.. - foto Kalawon Sawing
Sairin Karno (tengah, barisan belakang) dan tetamu lain bergambar kenangan.. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu melakukan transformasi daripada sebuah pasukan keselamatan kepada sebuah perkhidmatan kepolisan berorientasikan masyarakat.

Menurut Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Sairin Karno, ia bersesuaian dengan tema Hari Peringatan Polis ke 208, ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

“Saya berharap warga PDRM Keningau akan terus melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi berlandaskan etika perkhidmatan,” katanya semasa berucap melancarkan Kempen Derma Darah sempena Peringatan Hari Polis ke 208 di Keningau Mall, di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa masyarakat daerah berkenaan supaya tampil ke hadapan dengan memberi sokongan apabila ada aktiviti yang dianjurkan oleh PDRM seperti Kempen Derma Darah pada masa akan datang.

Sairin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan menambah, kempen itu bertujuan bukan sahaja membantu Unit Tabung Darah Hospital Keningau menambahkan bekalan darah, tetapi juga memupuk nilai integriti dalam setiap individu untuk membantu mereka yang memerlukan. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan