Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PDRM minta Interpol kesan Musa Aman

GAMBAR fail, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman. – Foto Khairull Azry Bidin

 

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang kini dilaporkan berada di United Kingdom.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, Musa sudah mengeluarkan kenyataan mendakwa berada di negara itu bagi mendapatkan rawatan perubatan, selain atas alasan peribadi.

“Saya rasa dia (Musa) sudah keluarkan kenyataan. Kita (PDRM) sudah buat Notis Merah kepada Interpol. Segala tindakan penuh kita akan ambil sekiranya dia (Musa) pulang nanti.

“Tindakan sewajarnya akan dilaksanakan mengikut lunas undang-undang negara,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penganugerahan Kontinjen dan Daerah Terbaik Ops Selamat 13/2018 Hari Raya Aidilfitri, di Bukit Aman, hari ini.

Bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu sebelum ini dipercayai berada di London berdasarkan rakaman gambar yang tersebar dalam laman sosial.

Ia menimbulkan spekulasi kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga itu keluar secara haram dari negara ini berikutan kenyataan Jabatan Imigresen sebelum ini melaporkan tiada rekod Musa keluar dari Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Mohamad Fuzi berkata, pihaknya belum membuat tangkapan terhadap Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, ekoran khabar angin yang menyatakan lelaki berkenaan sudah ditahan beberapa hari lalu.

“Terdapat dakwaan mengatakan kononnya Jamal berada di Riau dan Batam, Indonesia.

“Saya sudah semak perkara itu dengan pihak Indonesia, jadi mereka maklumkan setakat ini belum lagi ada tangkapan sedemikian, bagaimanapun, mereka (pihak berkuasa Indonesia) bantu kita sepenuhnya dalam memastikan di mana Jamal ini berada,” katanya.

Ditanya mengenai siasatan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, Mohamad Fuzi berkata, sehingga kini pihaknya sudah mengambil keterangan daripada bapa mangsa, Dr Setev Shaariibuu – myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan