Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PDRM jangan salahgunakan kuasa- Pesuruhjaya Polis Sabah

3:44pm 17/12/2015 Leolerry Lajius 215 views Tempatan

IMG20151217090715

KOTA KINABALU: Anggota Polis Diraja Malaysia dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada mereka serta mengamalkan sifat profesional ketika melaksanakan tugas.

Demikian saranan Pesuruhjaya Polis Sabah Dato’ Jalaluddin Bin Abdul Rahman ketika berucap sempena lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu pagi tadi.

“Setiap anggota polis mempunyai autoriti masing-masing tetapi jangan salah gunakan kuasa yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita dan elakkan bersifat emosional tetapi harus profesional ketika menjalankan tugas,”katanya.

Beliau juga menyeru agar pihak polis menjalankan siasatan dengan menetapkan masa tertentu, berkenaan  laporan yang dibuat oleh orang awam bagi mengelakkan masyarakat memandang pihak polis seakan-akan tidak menjalankan tugas.

Tambah beliau, walaupun indeks jenayah di Sabah adalah rendah berbanding negeri lain tetapi pihak polis perlu sentiasa  melaksanakan tugas dengan sebaiknya serta saling bekerjasama tanpa mengira pangkat.

“Jangan berbangga dengan pangkat kerana ia cuma sementara sahaja tetapi berbanggalah jika kita berjaya melakukan tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita,”katanya.

Pada tahun ini, kadar jenayah di Daerah Kota Kinabalu mencatatkan penurunan sebanyak 8.32 peratus atau penurunan sebanyak 120 kes yang mulai menurun sejak tahun 2009 lagi.-oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan