Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PDRM harus mesra dengan masyarakat

7:33pm 12/01/2016 Ann Vivien 45 views Isu Semasa,Tempatan
Douglas (depan tiga dari kanan) bergambar kenangan berama penerima sijil penghargaan.

Douglas (depan tiga dari kanan) bergambar kenangan berama penerima sijil penghargaan.

KENINGAU: Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia  (PDRM) perlu medampingi masyarakat dengan lemah lembut dan elakkan mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan mereka.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong berkata, polis perlu berkhidmat kepada masyarakat dengan telus agar mereka sentiasa menghargai peranan polis yang bertanggung menjaga keamanan dan kesejahteraan hidup masyarakat setempat.

Katanya, elakkan perbuatan-perbuatan yang boleh menyebabkan masyarakat  tidak yakin dengan perkhidmatan polis tetapi uasahakanlah perkara-perkara yang menambah keyakinan masyarakat kepada polis.

“Jangan sekali-kali menggusarkan dan menyinggung perasaan masyarakat bagi kelangsungan hubungan baik antara polis dan masyarakat” katanya semasa menyampaikan amanat sempena Perhimpunan Bulanan IPD Keningau di dataran kawad di sini pada Selasa.

Pada perhimpunan itu Douglas menyampaikan sijil penghargaan kepada seramai 14 penerima terdiri daripada ASP Lee Nyuk Kim, Inspektor Kahar Arifin, Inspektor Hasrul Izwadi Bin Badaruddin, Inspektor Mohd Firdaus Bin Che Ab Wahab, Sarjan  Ujin Gabi, KPL Jekius Jaldin, KPL Azarin Bin Gundadar, KPL Mohd Razman Gontok Bin Abdullah, KPL Davey @ Mohd Zamri Bin Jam, KPL Md Adhar Bin Ramli, PF Lily @ Norlaila Kauchai, PF Farzianah Usidi, PF Sharan Bin Sarimin dan PF Lua Kim Choo. Beliau menyampaikan Anugerah Khas Ketua Polis Daerah kepada Sarjan Juspin Sijan yang sebagai penghargaan di atas kecemerlangan perkhidmatannya. -Oleh Kalawoin Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan