Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PDRM di kawasan tumpuan ramai

Douglas menyampaikan buah tangan kepada salah seorang jemaah pada program itu.
Douglas menyampaikan buah tangan kepada salah seorang jemaah pada program itu.

KENINGAU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Keningau telah mengatur gerak keanggotaan di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai dan tempat-tempat ibadat bagi mencegah sebarang kemungkinan perkara-perkara negatif daripada berlaku.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong berkata, ini adalah langkah-langkah awal menjaga keselamatan di tempat awam berikutan kejadian-kejadian yang berlaku di luar negara pada masa ini.

Justeru itu katanya, masyarakat di sini diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan peka kepada ancaman-ancaman luar yang menganggu gugat keamanan negara seperti yang berlaku di luar negara.

Katanya badan-badang agama hendaklah mengenakpasti kumpulan-kumpulan tertentu terutama kumpulan tabligh yang baharu masuk di kawasan ini.

“Ini bertujuan mengekang kegiatan yang tidak diingini berlaku di kawasan Pedalaman khususnya dan Sabah keseluruhannya” katanya semasa berucap pada Program Comunity Policing Solat Jumaat dan Rama Mesra IPD Keningau Bersama Masyarakat Beragama Islam di Daerah Tambunan pada Jumaat. – Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan