Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,805

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PDRM belum dapat pengesahan nasib Bernard – KPN

11:38pm 17/11/2015 Pak Roshan 369 views Mutakhir,Nasional
ENTRI Khalid di laman Twitternya tadi.

ENTRI Khalid di laman Twitternya tadi.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum dapat mengesahkan nasib seorang tebusan rakyat Malaysia, Bernard Ghen Ted Fen, 39, yang dilaporkan dipenggal militan Abu Sayyaf petang tadi, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khalid, dalam Twitternya sebentar tadi, memaklumkan pihak berkuasa Filipina dilaporkan bertempur dengan kumpulan penculik di Pulau Jolo, petang tadi.

“Pihak berkuasa Filipina dilaporkan bertempur dengan penculik di Pulau Jolo, petang tadi.

@PDRMsia belum dapat sahkan nasib Bernard, rakyat Malaysia,’ katanya.

Beberapa media antarabangsa hari ini melaporkan Bernard, seorang jurutera, dilaporkan dipenggal kumpulan militan itu petang tadi.

Beliau sebelum ini diculik ketika menjamu selera di sebuah restoran atas air di Sandakan pada 11 Mei lalu oleh empat lelaki berpakaian celoreng dengan dua daripada mereka bersenjata api.

Restoran itu antara yang terkenal dengan makanan laut di daerah itu dan terletak di Pasir Putih di Jalan Bokara, hanya kira-kira tiga kilometer dari bandar Sandakan.- BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan