Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PDRM akan hantar batalion PGA ke Sabah

pga ke sabah

IPOH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menghantar satu batalion anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ke timur Sabah dalam masa terdekat.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Salleh Mat Rasid, berkata penghantaran itu bagi memperkuat dan mengetatkan kawalan benteng pertahanan di kawasan berkenaan.

“Pengambilan anggota akan dilaksanakan di seluruh Semenanjung dan Sarawak.

“Setakat ini, kita masih lagi menilai sama ada penghantaran itu untuk jangkamasa pendek atau panjang,” katanya kepada pemberita selepas berdialog bersama anggota PGA di Dewan Briged Utara, Markas Briged Utara, Hulu Kinta dekat sini, hari ini.

Komen


Berita Berkaitan