Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,769

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PDK sebagai usaha membantu golongan OKU

11:05am 30/11/2015 Leolerry Lajius 29 views Tempatan

NABAWAN: Sebanyak RM1,234,650 bantuan kewangan telah diberikan oleh pihak kerajaan untuk membantu Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) pada  bulan November tahun ini.

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) juga turut diadakan bagi tujuan memberikan latihan kepada OKU yang merangkumi pelbagai kemahiran dalam aktiviti kehidupan harian.

Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Hj. Ahmad Ayid, pada masa ini terdapat sebanyak 508 buah pusat PDK yang beroperasi di seluruh negara yang memberi manfaat kepada 21,869 OKU.

“Kementerian juga telah mengadakan projek PurpleDNA yang berasaskan pembuatan kraf tangan sebagai inisiatif inovasi sosial bagi membantu meningkatkan tahap ekonomi PDK,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Kampung Ranau-Ranau Nabawan. -Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

12315242_1012254402168171_248357106_o

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan