Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penduduk enggan bayar cukai pintu, tak puas hati perkhidmatan MDT

Radin Malleh (tiga dari kanan) menyampaikan kad ucapan Tahun Baru Cina kepada para peniaga di Pekan Tenom. - foto Kalawon Sawing
Radin Malleh (tiga dari kanan) menyampaikan kad ucapan Tahun Baru Cina kepada para
peniaga di Pekan Tenom. – foto Kalawon Sawing

 

TENOM – Surat cadangan mengenai pelupusan tunggakan bayaran cukai pintu penduduk Kampung Bunut, dalam daerah ini telah dikemukakan kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri pada tahun lalu.

 

Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Radin Malleh berkata, begitupun pihaknya masih belum menerima jawapan daripada kementerian terbabit, sekaligus meminta Majlis Daerah Tenom (MDT) membuat tindakan susulan brhubung status cadangan itu.

 

Menurutnya, isu tunggakan bayaran cukai pintu itu timbul disebabkan penduduk kampung terbabit enggan menjelaskan bayaran cukai pintu mereka ekoran kegagalan MDT menyediakan perkhidmatan pengutipan sampah dan perkhidmatan lain sejak kampung itu menjadi salah satu kawasan perkadaran majlis daerah itu.

 

“Saya berharap pihak berkuasa tempatan daerah dapat menyediakan perkhidmatan pengutipan sampah serta perkhidmatan lain demi kesejahteraan hidup penduduk kampung terbabit. Saya fikir penduduk kampung tentu tidak akan keberatan untuk membayar cukai pintu mereka jika pihak berkuasa tempatan dapat menyediakan perkhidmatan diperlukan,” katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan dan penyampaian kad ucapan sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina kepada para peniaga di sekitar Pekan Tenom, di sini hari ini.

 

Radin berkata, langkah segera bagi menyelesaikan masalah itu sudah tentu akan dapat meningkatkan kutipan hasil cukai itu dan menjana pendapatan MDT itu sendiri. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan