Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PCCCI bantu keluarga kurang mampu

Frankie Liew menyerahkan sumbangan > makanan dan “ang pow” kepada Lim Fong Su@Lim > Fung Sue.
Frankie Liew menyerahkan sumbangan makanan dan “ang pow” kepada Lim Fong [email protected] Fung Sue.

PUTATAN: Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tiong Hwa  Putatan (Putatan Chinese Chamber of Commerce and Industry)
(PCCCI) diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Frankie Liew telah  melawat dan menyampaikan sumbangan serta “ang pow”
kepada 2 keluarga yang kurang bernasib baik.

Mereka ialah Lim Fong [email protected] Fung Sue,78 yang  menetap di  Kampung Potuki, Putatan dan Lee Choi Hing, 74 dari Kampung Contoh. Kedua-dua warga emas ini tidak bekerja kerana sakit dan uzur serta hanya menumpang di tanah orang.

Lim yang mempunyai 3 orang anak berumur 17 hingga 9 tahun. Anaknya yang berumur 9 tahun tidak bersekolah kerana tidak
memiliki sijil lahir.

Manakala Lee Choi Hing yang mempunyai 2 orang anak dan 8  cucu. Kebanyakan cucunya tidak bersekolah.

Turut serta dalam lawatan sempena menjelangnya Perayaan Tahun Baru Cina ialah Timbalan Pengerusi PCCCI, Kapitan
David Lo, Setiausaha, Encik Yong Kin Tian, Bendahari, Encik Wong Pin Soon dan jawatankuasa PCCCI yang lain.

Menurut Frankie Liew, sumbangan berupa makanan dan bantuan  itu diharap dapat memberi keceriaan kepada kedua-dua
keluarga tersebut dalam menyambut kedatangan Tahun Baru Cina.

“Sumbangan yang diberikan mungkin tidak seberapa, tetapi  ia sebagai tanda ingatan dan kasih kami kepada golongan yang kurang bernasib baik, sekaligus dapat membantu meringankan sedikit beban mereka”, tegasnya.-Sayangsabah

 

Komen


Berita Berkaitan