Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PCA anjur konsert tahunan kali ke-16

5:26pm 27/04/2016 Leolerry Lajius 16 views Tempatan
Musa (tengah) bersama jawatankuasa penganjur konsert berkenaan memgang poster konsert tersebut.

Musa (tengah) bersama jawatankuasa penganjur konsert berkenaan memgang poster konsert tersebut.

KOTA KINABALU: The Palliative Care Association of Kota Kinabalu (PCA) akan menganjurkan konsert amal tahunan kali ke-16 dan Makan Malam pada 29 Julai nanti bertempat di Magellan Sutera Harbour Resort.

Jawatankuasa penganjur yang diketuai oleh Margaret Lim telah membuat kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman untuk menjemput beliau sebagai tetamu kehormat sempena majlis berkenaan.

Sempena kunjungan itu, doktor PCA yang bertanggungjawab bagi ‘Home Care Programme’ turut memberikan taklimat kepada Ketua Menteri mengenai perkembangan terkini PCA.

PCA yang menjaga sejumlah 110 pesakit dalam satu-satu masa akan terus melaksanakan misinya dalam menjaga pesakit yang menghidap kanser dan kegagalan organ tertentu.

Konsert berkenaan akan dihiburkan dengan persembahan artis dari Kanada iaitu Tina Turner Tribute./SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan