Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,799

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PBTM dan Madius kunjung TYT

3:12pm 23/11/2015 Ann Vivien 9 views Isu Semasa,Tempatan
Zaman (empat dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Tun Juhar sebagai tanda kenang-kenangan

Zaman (empat dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Tun Juhar sebagai tanda kenang-kenangan

KOTA KINABALU: Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Sabah menyasarkan kutipan sebanyak RM250,000 untuk Tabung Rayuan Hari Pahlawan 2015 pada tahun ini. 
 
Menurut Yang Di-Pertua PBTM Sabah, Zaman Haji Bayang, kutipan tersebut sudah bermula manakala pelancaran tabung ini akan dilakukan sebelum hujung tahun ini. 
 
“Hasil kutipan akan digunakan khusus untuk ahli-ahli keluarga PBTM sahaja,”katanya kepada media rasmi selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar Haji Mahiruddin di Istana Negeri, pagi tadi. 
 
Sementara itu, Zaman berkata jumlah ahli PBTM seluruh Sabah, kini sudah mencecah seramai lima ribu ahli.
 
Katanya lagi, PBTM Sabah akan terus berusaha untuk menambah jumlah keahlian seramai 15 ribu ahli di Sabah. 
 
Terdahulu, Tun Juhar turut berkenan menerima kunjungan hormat daripada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Malaysia, Datuk Seri Panglima Madius Tangau.
 
Mengulas tujuan kunjungan, Madius berkata ini merupakan kunjungan pertama beliau selepas dilantik sebagai menteri MOSTI. 
 
Beliau turut memaklumkan kepada Tun Juhar tentang beberapa rancangan dan program MOSTI untuk negeri Sabah.-Penerangan
Kelihatan Tun Juhar (kanan) berbual mesra dengan Madius (kiri).

Kelihatan Tun Juhar (kanan) berbual mesra dengan Madius (kiri).

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan