Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PBT Sabah Kerjasama Dengan DBP Perbetul Bahasa Rojak Di Papan Tanda

papantanda

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menyeru pihak berkuasa tempatan di negeri ini bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menggandakan usaha memperbetulkan papan-papan tanda yang mempamerkan bahasa rojak di kawasan masing-masing.

Musa berkata penggunaan bahasa rojak di papan-papan tanda khususnya dalam sektor pengiklanan menunjukkan bahawa masih banyak perkara yang perlu diselaraskan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu.

“Usaha ini sudah tentu memerlukan sokongan, kesedaran dan rasa cinta akan bahasa Melayu sebagai bahasa jiwa bangsa Malaysia daripada semua pihak,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan pertandingan Forum Pelajar peringkat negeri di Sekolah Menengah Kian Kok di sini, Rabu.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Pang Yuk Ming.

Musa berkata semua pihak tidak harus memandang remeh soal penggunaan bahasa Melayu khususnya dalam sektor awam.

Mengenai pertandingan Forum Pelajar peringkat negeri itu, Musa berharap pertandingan itu akan menyuntik semangat baharu kepada para pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan.

“Gunalah ruang ini sebaga apresiasi membina semangat pembinaan jati diri sebagai rakyat Malaysia yang berjaya,” katanya.

Terdahulu, Pengarah DBP Cawangan Sabah merangkap pengerusi jawatankuasa induk pertandingan Jamaluddin Mohd Sulong berkata Sabah menerusi Sekolah Menengah Kian Kok telah memenangi pertandingan peringkat kebangsaan selama sembilan kali berturut-turut.

Pada majlis itu, Sekolah Menengah Kian Kok menggunguli pertandingan itu dengan menjadi johan keseluruhan.

Pengerusi terbaik disandang oleh pelajar sekolah itu, Goh Jia Ling dan ahli forum terbaik dimenangi Chong Zhi Liang.

Pertandingan Deklamasi Puisi turut dimenangi pelajarnya, Lau Yee Phing.

Tempat kedua dimenangi Sekolah Menengah Tshung Tsin Sabah, Kota Kinabalu manakala tempat ketiga Sekolah Tinggi Cina Sabah Tawau.

Komen


Berita Berkaitan