Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PBT diingatkan berhemah dalam pengurusan kewangan

Tawfiq Abu Bakar Titingan (barisan depan, tengah) bergambar bersama Ahli Majlis MPT yang dilantik.
Tawfiq Abu Bakar Titingan (barisan depan, tengah) bergambar bersama Ahli Majlis MPT yang dilantik.

TAWAU – Ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini wajar mempraktikkan sikap berhemah dalam mengurus kewangan dan hanya melaksanakan projek pembangunan berimpak tinggi kepada masyarakat.

Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, melihat kepada keadaan ekonomi semasa masa kini, PBT seharusnya bijak menguruskan kewangan masing-masing.

“Pastikan perbelanjaan yang dilaksanakan pada tahun ini dinilai semula serta menyenaraikan keutamaan pembangunan yang perlu dilakukan dan menangguhkan perkara-perkara lain,” katanya ketika berucap dalam Majlis Angkat Sumpah dan Penyerahan Watikah Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Tawau bagi sesi 2015-2016, di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 24 Ahli Majlis Perbandaran Tawau Sesi 2015-2016 menerima watikah masing-masing yang disampaikan Presiden MPT, Datuk Ismail Mayakub dengan 10 daripadanya adalah muka baharu terdiri daripada golongan professional, ahli politik dan badan bukan kerajaan (NGO).

Dalam pada itu, Tawfiq yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata, PBT digesa membantu kerajaan mencipta lebih banyak peluang bagi menjana pendapatan ekonomi di daerah masing-masing.

“Ahli majlis perlu mengelakkan ketirisan dan pembaziran serta melaksanakan tugas diamanahkan dengan sebaiknya dan jangan sesekali anggap jawatan yang dipegang sebagai keistimewaan untuk dibangga atau disalahguna,” ujarnya.

Ahli majlis juga katanya perlu sentiasa mentransformasi keupayaan diri dan pentadbiran agar sentiasa releven dengan menambah ilmu pengetahuan dan peka dengan isu persekitaran selain mengamalkan budaya kerja cemerlang. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan