Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PBT: Amalkan kerja integriti tinggi – Hajiji

PUTATAN – Penjawat awam khususnya di kalangan pihak berkuasa tempatan (PBT) dituntut mengamalkan kerja berprestasi dan integriti tinggi dalam budaya kerja yang mampu membantu pembangunan ekonomi negara.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Hajiji Mohd Noor berkata, konsep dan slogan kerajaan tidak akan bermakna sekiranya ia tidak diamalkan dalam bentuk kerja yang positif oleh kakitangan awam.

“Sistem penyampaian perlu lebih cekap bagi menangani kes salahlaku di kalangan penjawat awam terutama rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” katanya ketika berucap di Majlis Angkat Sumpah dan Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Daerah Putatan di Soluxe Hotel di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Joachim Gunsalam.

Hajiji berkata bahawa, kerajaan sentiasa bertindak tegas dalam usaha menangani gejala rasuah di kalangan penjawat awam demi menjamin kemakmuran rakyat di negara ini.

Katanya, masyarakat pada masa ini tidak memandang serius budaya kerja integriti, malah terdapat penjawat awam yang tidak mengamalkan budaya kerja tersebut.

“Integriti hanya indah di bibir sahaja tetapi tidak memberi apa-apa makna kepada masyarakat,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyeru PBT agar lebih komited dan amanah dalam menjalankan tugas mereka dari masa ke semasa.

“Perkhidmatan berteraskan integriti tinggi sudah tentu menjadi pemangkin kepada keyakinan rakyat terhadap kerajaan. Oleh itu, ia mesti selalu diamalkan bagi mengelak tohmahan negatif,” katanya. – oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

 pbt

Komen


Berita Berkaitan