Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PBSBN anjuran JKKN untuk sekolah seluruh negara

10:01pm 07/11/2015 Leolerry Lajius 12 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

KOTA KINABALU: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan Program Bimbingan Seni Budaya Negara (PBSBN) di sekolah-sekolah seluruh negara bermula pada bulan april sehingga september tahun ini.

Program ini disasarkan kepada pelajar di sekolah rendah yang dikenali sebagai Kelab Tunas Seni Cemerlang dan pelajar sekolah menengah yang dikenali sebagai Kelab Giat Seni Cemerlang melibatkan 12 buah sekolah iaitu enam bagi sekolah rendah dan enam bagi sekolah menengah.

Sebagai tanda penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah dilatih selama enam bulan oleh jurulatih bertauliah, JKKN telah menganjurkan Festival Kelab Seni Cemerlang bertempat di auditorium kompleks JKKN Sabah hari ini.

Majlis penyampaian sijil dan penghargaan kepada pelajar dan jurulatih disampaikan oleh Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Yang Berbahagia IR. Datu Jamigul Hj Datu Salin mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Datuk Jame Alip. -Oleh Leolerry Lajius/ Sayang Sabah

Datu Jamigul meyampaikan sijil kepada peserta

Datu Jamigul meyampaikan sijil kepada peserta

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan