Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PBSB Pedalaman Atas wakili Sabah ke YR1M

Pasukan Pedalaman Atas Bawah 19 tahun Sabah ke YR1M. - foto Kalawon Sawing
Pasukan Pedalaman Atas Bawah 19 tahun Sabah ke YR1M. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Pasukan Bola Sepak Bawah 19 tahun Pedalaman Atas akan mewakili Sabah ke Kejohanan Bola Sepak Yayasan Remaja 1Malaysia (YR1M) di Bangi, Selangor pada 6 hingga 10 April ini.

Ketua Pengurusnya, Keneddy Bukat berkata, sekira pasukanya berjaya menjadi juara pada kejohanan itu ia adalah sejarah buat negeri ini sekaligus mewakili negara Malaysia untuk beraksi kejohanan sama di Sepanyol nanti.

“Kesemua pemainnya telah bersiap siaga dari segala aspek untuk menghadapi kejohanan tersebut walaupun mereka pertama kali menyertainya. Saya percaya walaupun para pemain pasukannya kurang dari segi fizikal, namun semangat kesukanan yang jitu mampu membawa pasukannya mencapai kejayaan pada kejohanan itu nanti,” katanya.

Selain itu katanya, dengan adanya penyertaan pasukannya ia merupakan satu lagi tanda mercu kejayaan dalam memartabatkan lagi sukan bola sepak di negeri ini di peringkat yang lebih tinggi lagi.

Penyertaan pasukan itu memenangi Kejohanan Piala Borneo di Kota Kinabalu tahun lalu, sekaligus membolehkan mereka maju setapak mewakili negeri ini ke kejohanan YR1M. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan