Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PBS Tandek adakan mesyuarat agung tahunan bulan depan

Dr Ongkili ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut.
Dr Ongkili ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut.

KOTA MARUDU: Parti Bersatu Sabah (PBS) bahagian Tandek akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali ke-31 bulan depan.

Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili mengumunkan mesyuarat itu akan diadakan pada 10 hingga 11 April nanti ketika mempengerusikan mesyuarat di Kelab Golf Kota Marudu sebagai persediaan mesyuarat Agung Tahunan itu baru-baru ini.

Sambil melahirkan keyakinan bahawa PBS akan terus kukuh di kawasan Tandek, Dr. Ongkili juga berkata bahawa pemimpin bahagian dan juga akar umbi memberikan maklum balas yang memberangsangkan untuk AGM akan datang.

Dr Ongkili yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menjangka jumlah ahli yang akan menyertai AGM tahun ini adalah lebih ramai berbanding tahun lepas.

Dalam perkembangan lain, beliau juga menggesa pemimpin bahagian untuk terus bekerja keras dan berkhidmat kepada rakyat.
“Kita harus sentiasa bekerja keras dan menjelaskan isu-isu yang dimanipulasi oleh pihak pembangkang kepada rakyat,”katanya.
Setakat ini, PBS bahagian Tandek mempunyai 163 cawangan dan bahagian ini juga pertama kali mengadakan AGM pada tahun ini.-Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan