Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PBS Saran Perkongsian Kuasa Sama Rata Di Kawasan Parlimen

jonny PBS

KOTA KINABALU- Parti Bersatu Sabah (PBS) menyarankan perkongsian kuasa sama rata di peringkat kawasan Parlimen yang tidak diwakili parti itu.

Setiausaha Agung PBS Datuk Johnny Mositun berkata semua parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk PBS harus dipertimbangkan untuk dilantik dalam Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM).

Beliau berkata Anggota Parlimen Pensiangan Tan Sri Joseph Kurup yang juga presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) turut membuat saranan sama di Inanam baru-baru ini.

“Bagaimanapun, saya difahamkan bahawa di Pensiangan (yang Sook adalah satu daripada dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya), tiada parti komponen melainkan PBRS dilantik dalam Unit PPM,” kata Mositun dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menggesa kerajaan negeri supaya melantik PPM dari PBS di kawasan DUN yang ia tewas pada pilihan raya umum lepas.

Mositun berkata pelantikan itu boleh membantu PBS untuk terus memberi khidmat kepada rakyat.

PBS tewas kerusi DUN di Kadamaian, Matunggong, Api-Api dan Sri Tanjong pada pilihan raya umum ke-13.

Sementara itu, Mositun berkata tindakan untuk memboikot produk berkaitan Israel seperti restoran makanan segera McDonald’s di Malaysia adalah tidak perlu kerana ia akan menjejaskan ekonomi negara.

“Ia tidak bermakna kita merestui keganasan di Gaza tetapi restoran McDonald’s di Malaysia dikendalikan oleh rakyat kita sendiri. Restoran itu milik rakyat Malaysia dan pekerjanya juga rakyat Malaysia.

“Memboikot cawangan restoran makanan segera itu sehingga menyebabkan kerosakan harta benda tidak akan membantu menghentikan keganasan di Gaza. Malah, ia hanya memanjangkan lagi keganasan dan akhirnya, rakyat kita sendiri yang menjadi mangsa,” kata beliau.

 

Komen


Berita Berkaitan