Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PBS sambut baik pelantikan Pairin ketuai Jawatankuasa Kerja RCI

Datuk Jahid Jahim.
Datuk Jahid Jahim.

KOTA KINABALU – Ahli Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS) menerima pelantikan Presidennya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja mengenai pendatang tanpa izin yang bakal ditubuhkan oleh Suruhanjaya Siasatan.

Ketua Penerangannya, Datuk Jahid Jahim berkata, PBS melihat laporan Suruhanjaya Siasatan Mengenai Pendatang Tanpa Izin di Sabah sebagai satu permulaan kepada pelbagai tindakan susulan seterusnya.

“PBS menghargai kepercayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, namun kita akan mengkaji terlebih dahulu terma rujukan (TOR) yang bakal diberikan…adakah nanti Pairin dapat membantu secara efektif,” katanya dalam satu kenyataan selepas mesyuarat AMT PBS di sini semalam.

Jahid berkata, AMT PBS menerima baik beberapa pengakuan dalam laporan RCI termasuk kebarangkalian wujudnya projek IC di Sabah, kewujudan sindiket dan kakitangan awam yang korup, berlakunya pertambahan mendadak penduduk Sabah, kelonggaran penguatkuasaan undang-undang oleh agensi-agensi penguatkuasa dan kewujudan pengundi berdaftar yang meragukan.

Dalam hal ini, katanya, PBS menggesa agar tindakan yang bakal diambil hendaklah disegerakan demi kebaikan semua pihak, katanya.

Jahid berkata PBS juga menyambut baik komitmen yang dibuat Ketua Pengarah Jabatan Imigresen yang mensasarkan tahun 2020 untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin khususnya di Sabah. – Oleh Monica Gidong / SayangSabah

 

.

 

Komen


Berita Berkaitan