Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,415

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PBS, parti pelbagai kaum lebih kuat banding parti berasaskan perkauman yang lain

9:44am 05/03/2017 Elezebeth Esther Onjining 56 views Politik,Tempatan

Maximus bersama Naib Presiden PBS, Datuk Seri Radin Malleh dan para pemimpin memotong kek sempena meraikan Ulang Tahun Ke-32 parti tersebut.

TENOM: Parti Bersatu Sabah (PBS) sebagai sebuah parti politik yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama yakni mempunyai banyak kelebihan.

Pemangku Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, keunikan itu membuatkan parti politik tersebut lebih kuat berbanding parti- parti politik berasaskan perkauman yang lain.

Tambahnya, perjuangan Parti PBS sentiasa konsisten dan berterusan sejak ia ditubuhkan pada tahun 1985.

” Perjuangan PBS terbukti melalui mempertahankan hak- hak negeri Sabah yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia (MA63),” katanya sempena majlis penutupan Mesyuarat Agung Tahunan PBS Pusat Daerah Mengundi Melalap dan majlis Ulang Tahun Ke-32 parti tersebut, disini, semalam.

Maximus yang juga merupakan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata pihaknya sentiasa mementingkan keperluan dan kehendak masyarakat setempat.

” Kita telah diberikan kepercayaan untuk memimpin masyarakat disini. Oleh sebab itu, kita perlu mendengar dan mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi penduduk masyarakat,” katanya.- SayangSabah

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan