Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PBS Mainkan Peranan Berkesan Stabilkan Politik, Pentadbiran Negara – Najib

7:19pm 09/11/2015 Pak Roshan 178 views Berita Pilihan,Mutakhir,Politik

PM berucap

KOTA KINABALU : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Parti Bersatu Sabah (PBS), satu daripada parti komponen Barisan Nasional (BN), telah memainkan peranan secara berkesan dalam menstabilkan politik dan pentadbiran negara.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata peranan berkesan yang dimainkan PBS berkenaan penting bagi membentuk Malaysia menjadi sebuah negara yang berjaya, maju, makmur lagi sejahtera.

“Saya amat terharu serta berterima kasih kepada kepimpinan PBS serta ahli-ahlinya atas sokongan mereka kepada saya selaku Pengerusi BN,” katanya melalui perutusannya dalam buku aturcara bersempena Persidangan Tahunan PBS Ke-30 dari 13 hingga 15 Nov ini.

Menurut Perdana Menteri, kepimpinan BN akan terus memberi dorongan dan sokongan kepada semua ahli BN khususnya PBS agar ia terus berjaya serta dapat memainkan peranan berkesan ke arah pembangunan negara.

Najib juga mengucapkan syabas kepada PBS dan kepimpinannya yang diketuai Presidennya ‘Huguan Siou’ Tan Sri Joseph Pairin Kitingan kerana sekali lagi berjaya mengadakan persidangan tahunan parti itu.

Beliau berharap PBS meneruskan perjuangannya yang murni demi untuk kepentingan generasi baharu dan kejayaan semua kaum di Malaysia.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan