Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PBS Mahu Pertahan Semua Kerusi Tradisionalnya Dalam PRU-14

12:28pm 07/09/2016 Pak Roshan 362 views Mutakhir,Politik

maximus-ongkili

KOTA BELUD : Parti Bersatu Sabah (PBS) akan mempertahankan semua kerusi tradisionalnya yang diperuntukkan, dalam pilihan raya umum ke-14.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata kerusi itu termasuk Kadamaian yang PBS kehilangan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihan raya umum lepas.

Berucap pada perasmian mesyuarat agung tahunan PBS Kadamaian di sini, Ongkili menggesa semua anggota parti di peringkat cawangan dan bahagian memperkukuh jentera dan bersiap sedia menghadapi pilihan raya akan datang.

“Mulakan awal. Jangan buang masa. Kita perlu mendapatkan keyakinan rakyat bagi merampas semula kerusi Kadamaian,” kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, yang baru-baru ini diminta menjalankan tugas-tugas presiden parti.

Kerusi tersebut terletak dalam kawasan parlimen Kota Belud.

Dalam pilihan raya umum ke-13, Jeremy Malajad dari PKR memenangi kerusi Kadamaian dengan majoriti 889 undi dalam pertandingan empat penjuru termasuk calon PBS Datuk Herbert Timbun Lagadan.

Malajad kemudian keluar dari PKR dan menyertai Parti Bersatu Rakyat Sabah.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan