Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PBS keluar BN, bentuk Gabungan Bersatu

PRESIDEN Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata sesuatu kepada timbalannya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili selepas sidang media di Ibu Pejabat Parti Bersatu Sabah, di Penampang hari ini. – Foto Edmund Samunting

 

PENAMPANG: Parti Bersatu Sabah (PBS) mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) untuk membentuk dan menerajui satu landasan baharu politik di negeri ini yang dinamakan Gabungan Bersatu.

Presidennya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, berkata landasan itu menggunakan model PBS Plus STAR (Parti Solidariti Tanah Airku) yang akan disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti lain.

Beliau berkata, ADUN UMNO termasuk Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman; Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) serta penyokong masing-masing akan dipelawa menyertai PBS sebagai ahli parti.

Bagaimanapun, katanya, pemimpin STAR dan penyokong mereka kekal dalam parti itu dan satu perjanjian kerjasama politik berhubung pembentukan landasan baharu itu akan ditandatangani dalam masa terdekat.

“Berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di peringkat Persekutuan dan negeri, jelas menunjukkan BN bukan lagi gabungan politik yang menguntungkan.

“Disebabkan itu, PBS membuat keputusan keluar daripada BN dan akan menerajui landasan politik baharu untuk semua parti yang sehaluan di Sabah,” katanya di Ibu Pejabat PBS di Donggongon, di sini, hari ini.

Pairin yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, PBS terus menyokong kerajaan negeri yang dibentuk secara sah mengikut undang-undang dan kepemimpinan Musa sebagi Ketua Menteri Sabah.

Beliau berkata, pihaknya menawarkan PBS sebagai landasan tunggal yang terbuka kepada semua wakil rakyat kerajaan untuk menjadi ahli bagi meneruskan perjuangan politik mereka dan berkhidmat kepada rakyat Sabah.

Sehingga hari ini, semua parti komponen BN dari Sabah sudah meninggalkan BN dimulai oleh UPKO, Parti Liberal Demokratik (PBS) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBES), disusuli PBS. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan