Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,752

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PBS gesa pelaksanaan penuh cadangan RCI

9:48pm 11/04/2016 Leolerry Lajius 1039 views Tempatan
Maximus (tengah) ketika mengetuai laungan slogan 'bersatu' bersama barisan pemimpin yang lain ketika mesyuarat tersebut.

Maximus (tengah) ketika mengetuai laungan slogan ‘bersatu’ bersama barisan pemimpin yang lain ketika mesyuarat tersebut.

KOTA MARUDU: Parti Bersatu Sabah (PBS) mengulangi sekali lagi seruan agar Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri melaksanakan penarikan balik kad pengenalan secara haram yang diberikan kepada orang asing dan melaksanakan pemberian kad pengenalan baru kepada rakyat Sabah yang tulin.

Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili menyifatkan seruan itu adalah sebagai langkah untuk mengatasi masalah pendatang tanpa izin di samping ia juga adalah sebahagian daripada cadangan yang terkandung dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai resolusi masalah pendatang tanpa izin di Sabah.

“Ramai orang kata ia adalah satu tugas yang sukar, tetapi kami di PBS percaya ia boleh dilakukan. ”

“Sebagai permulaan, kes-kes pemegang kad pengenalan yang terbukti telah didapati bersalah hendaklah tampil dan membuktikan bahawa mereka memang rakyat yang tulen, “katanya ketika Mesyuarat Agung Tahunan PBS N.31 Tandek di Dewan Masyarakat Kota Marudu, di sini, hari ini.

Sambil menambah bahawa PBS menyokong penuh semua cadangan RCI, Maximus turut menyatakan bahawa pendaftaran semula adalah satu-satunya cara untuk menapis semua kes melibatkan warga asing yang mendapat kerakyatan secara tidak sah.

Beliau juga menggesa agar PBS terus menuntut pelaksanaan tindakan ini untuk memberi penghormatan kepada laporan RCI dan juga sebagai tindak balas terhadap permintaan rakyat Sabah berhubung perkara itu.

“Oleh itu, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri harus mengambil tindakan yang perlu bagi melaksanakan cadangan RCI untuk mendaftarkan semula semua rakyat Malaysia yang berasal dari Sabah demi kedaulatan wilayah Sabah dan keselamatan negara ini,”katanya. /SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan