Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,734

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PBS bertekad meluaskan cawangannya di semenanjung dan sarawak

2:25pm 14/11/2015 Dewiana Tinggolongon 77 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Tempatan
Pairin (kiri) menerima sijil ROS dari Zahid (Kanan).- foto Jimmy Tan / sayangsabah.

Pairin (kiri) menerima sijil ROS dari Zahid (Kanan).- foto Jimmy Tan / sayangsabah.

KOTA KINABALU- Parti Bersatu Sabah (PBS) bertekad membuka cawangannya lebih meluas dan menambah keahliannya di Semenanjung dan Sarawak.

Presiden Parti Bersatu Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan berkata, untuk tujuan berkenaan PBS telah memohon agar Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk memberi kebenaran bagi parti berkenaan untuk meluaskan cawangannya.

“ Ia selaras dengan keputusan yang telah dibuat semasa kongres PBS pada tahun 1995,” katanya ketika berucap Sempena Perhimpunan Agung Tahunan ke-30, di Dewan SM Kian Kok Likas, hari ini.

Menurutnya, terdapat lebih 200,000 rakyat Sabah yang berkerja di Semenanjung Maaysia sahaja dan langakah berkenaan adalah releven dan wajar dilakukan.

Jelasnya lagi, perjuangan PBS bukan sahaja terhad kepada sesetengah kaum sahaja tetapi ia adalah menyeluruh.

Justeru itu beliau berharap agar pihak ROS akan meluluskan permohonan berkenaan.

Dalam pada itu beliau turut menggesa kerajaan untuk mengiktiraf Unified examination Certificate (UEC)sebagai kelayakan untuk masuk ke dalam universiti awam dan perkhidmatan awam.

“Sejak beberapa bulan ini , isu penerimaan peperiksaan UEC sebagai kelayakan untuk memasuki universiti awam dan perkhidmatan awam telah menjadi tajuk perbualan hangat.

“Bagi kita di Sabah, sejak PBS berkuasa di Sabah kita sentiasa menerima dan mengiktiraf UEC bagi anugerah kebesaran negeri dan bagi kemasukan ke daam perkhidmatan awam dan universiti awam,” ujarnya.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan