Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,649

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PBS anjur rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina 

4:51pm 09/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 33 views Tempatan
Tun Juhar bersama Musa dan Pairin beserta para ahli majlis tertinggi PBS dan dif-dif jemputan menggaul 'Yee Sang'. Foto oleh Alex Mairin/ SayangSabah

Tun Juhar bersama Musa dan Pairin beserta para ahli majlis tertinggi PBS dan dif-dif jemputan menggaul ‘Yee Sang’. Foto oleh Alex Mairin/ SayangSabah

KOTA KINABALU- Walaupun keadaan ekonomi dunia tidak menentu, kerajaan terus komited menganjurkan majlis rumah terbuka pelbagai kaum termasuk sambutan perayaan Tahun Baru Cina, kata Tan Sri Joseph Pairin Kitingan

Beliau yang merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, berkata bahawa majlis rumah terbuka tersebut membantu dalam mengukuhkan usaha kerajaan menyatupadu seluruh masyarakat di negeri ini.

“Acara tersebut membantu kita untuk bersatu padu dalam sesebuah negara supaya kita tidak lupa dan meneruskan semangat kekitaan, kerjasama dan perpaduan dalam kalangan masyarakat di negeri ini”, kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada para media semasa sidang media sempena majlis rumah terbuka sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina 2016, di Dewan Hakka , di sini, hari ini.

Pairin (kanan) menyambut kedatangan Tun Juhar di Dewan Hakka, disini. hari ini. Foto oleh Alex Mairin/SayangSabah

Pairin (kanan) menyambut kedatangan Tun Juhar di Dewan Hakka, disini. hari ini. Foto oleh Alex Mairin/SayangSabah

Beliau turut merupakan Presiden Parti Bersatu Sabah berkata pengunjung yang hadir dalam majlis rumah terbuka pada kali ini datang dari seluruh negeri malahan ada juga pengunjung luar negeri yang datang ke majlis tersebut.

Turut hadir, Tuan Yang Terutama, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Hajah Norlidah Tan Sri RM Jasni, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan isteri, Datin Seri Hajah Faridah Haji Tussin, para ahli pemimpin tertinggi PBS dan dif-dif jemputan.- Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Persembahan tarian naga sempena majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina. Foto oleh Alex Mairin/SayangSabah

Persembahan tarian naga sempena majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina. Foto oleh Alex Mairin/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan