Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,797

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PBS anjur pertandingan golf amal

4:13pm 14/04/2016 Leolerry Lajius 14 views Tempatan

KOTA KINABALU: Parti Besatu Sabah (PBS) akan mengajurkan satu pertandingan golf amal sempena dengan ulang tahun PBS ke-31 yang akan diadakan pada 23 April nanti di Nexus Gold Resort Karambunai.

Menurut Pengerusi Penganjur yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri N.29 Kundasang  Datuk Dr. Joachim Gunsalam, pertandingan ini merupakan acara yang diadakan oleh PBS untuk mengutip dana sebagai sumbangan kepada pusat-pusat amal untuk membantu membiayai keperluan perbelanjaan seharian mereka.

“Pertandingan golf amal PBS pada kali ini akan dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu VVIP, VIP, jemputan, terbuka,¬† senior dan wanita yang menawarkan hadiah berbentuk wang tunai untuk tiap-tiap kategori. “

“Hadiah istimewa juga menanti para peserta melalui cabutan bertuah serta novelti dan bagi pemenang hole-in one dua hadiah berupa kereta jenis Isuzu D-Max bakal menjadi milik pemenang,”katanya.

Tambah beliau, seramai 130 orang peserta disasarkan untuk menyertai pertandingan tersebut dan setakat ini penyertaan telah melebihi sasaran yang ditetapkan.

Semua hasil kutipan pertandingan tersebut akan disumbangkan sama rata kepada Bondulu Children’s Home Toboh Tambunan, San Damiano Kiulu, Don Bosco Bundu Tuhan dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Kota Marudu. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan