Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PBRS Hormati Keputusan Dr Hiew Sertai MCA – Kurup

8:32am 08/06/2014 Pak Roshan 55 views Politik

kurup

KOTA KINABALU, 7 Jun (Bernama) — Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup berkata parti itu menghormati keputusan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Luyang Dr Hiew King Chew yang menyertai MCA sekalipun permohonannya untuk menganggotai PBRS sudah diluluskan.

“Dr Hiew memohon untuk menyertai PBRS selepas bertemu saya beberapa kali awal tahun ini. Permohonannya diproses dan sudah diluluskan. Akan tetapi jika beliau berasakan lebih baik baginya bersama MCA, kami hormati keputusannya,” katanya kepada Bernama, di sini hari Sabtu.

Kurup yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagaimanapun menyuarakan rasa terkejut dengan tindakan MCA menerima keanggotaan Hiew memandangkan parti itu sebelum lantang membantah penyertaan Adun pembangkang dalam Barisan Nasional (BN).

Semalam Hiew menyerahkan borang keanggotaannya kepada Pengerusi MCA Sabah Wilson Yong dan disaksikan oleh Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Hiew dilapor berkata beliau memilih MCA kerana parti itu mempertahankan kedudukan kaum Cina selain turut berkhidmat untuk semua bangsa.

Katanya beliau memutuskan untuk menyertai MCA selepas beberapa pemimpin tempatan parti itu mempelawanya berbuat demikian.

PBRS merupakan satu daripada parti komponen BN Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan