Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,696

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

PBRS hasrat tanding kerusi baharu DUN Tulid: Kurup

5:28pm 27/09/2016 Pak Roshan 342 views Mutakhir,Politik

kurup

KENINGAU: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) berhasrat bertanding bagi kerusi baharu DUN Tulid, kata presidenya, Tan Sri Joseph Kurup.

Menurutnya, penambahan DUN baru di kawasan Parlimen Pensiangan iaitu Dun Tulid, beliau yakin akan diberikan kepada PBRS.

“Selama ini PBRS telah pun menjaga kawasan Tulid dengan baik dari dulu sehingga kini dari segi pembangunan dan sebagainya.”

“Dengan penambahan kerusi di kawasan ini kita yakin PBRS pasti dapat meneruskan kesinambungan sedia ada seterusnya mengukuhkan lagi momentum parti bagi menghadapi PRU akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Dewan Kampung Seri Buluh, dekat sini, pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Kurup berharap penduduk Kg. Seri Buluh dapat memanfaatkan dewan baru dan digunakan dengan sebaiknya oleh penduduk terutamanya para belia untuk menjalankan aktiviti-aktiviti berfaedah seperti permainan sukan untuk mengelakkan golongan muda terbabit dengan kegiatan yang tidak sihat.

Pada majlis itu, Kurup menyampaikan sumbangan 100 kerusi dan menerima borang keahlian PBRS seramai 41 orang.

Kurup turut merakamkan rasa gembira apabila tanah penduduk Kg. Seri Buluh kini sudah diusahakan dengan tanaman getah, kelapa sawit dan sebgainya.

Mengenai saranan Ketua Kampung Seri Buluh berhubung tanah-tanah yang belum disukat, beliau meminta senaraikan PT semua penduduk kampung agar diajukan kepadanya seterusnya dibawa permasalahan tersebut kepada Jabatan Tanah.

Hadir sama pada program itu, Ketua Exco Pergerakan Pemuda PBRSPusat Matusin Bowie, Rayner Francis Udong, PJKK Petini Bte Remboton, Pemimpin masyarakat serta penduduk setempat – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan