Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PBNS sumbang RM90,000 kepada SAR, Pusat Tahfiz Al-Quran

KOTA KINABALU: Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) menyampaikan sumbangan kewangan berjumlah RM90,000 melalui akaun Kumpulan Wang Amal Jariah (KWAJ) kepada 30 Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Pusat Tahfiz Al-Quran yang beroperasi di Sabah.

Pengurus​​ Besar PBNS, Ratnawati ​Osman berkata​,​ ini merupakan suatu usaha berterusan PBNS dalam menyalurkan sumbangan kepada yang memerlukan dan akan ditingkatkan dari masa ke semasa bergantung dengan jumlah kutipan yang diterima.

​​”Untuk makluman kutipan bagi tahun 2017 untuk KWAJ berjumlah RM 276,396.45, ​f​idyah berjumlah RM 275,595.34 dan Wang Tidak Patuh Syariah (WTPS) berjumlah RM128,808.35 manakala dari segi agihan pula KWAJ berjumlah RM 231,364.30, ​​fidyah berjumlah RM 184,945.90 dan WTPS berjumlah RM 57,230.00​.​

“Saya juga ingin mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para penyumbang yang telah melaksanakan sumbangan sedekah jariah melalui potongan gaji.

“J​u​steru itu,​ ​saya menaruh harapan agar jumlah kutipan ini akan terus meningkat dan pihak PBNS akan merancakkan ‘Road Show’ ke jabatan-jabatan dan organisasi lain agar program agihan dapat dilaksanakan secara berterusan,” kata​ beliau semasa berucap​ di Majlis Penyerahan Sumbangan Kewangan Kepada ​SAR bagi tahun 2018, ​di sini, ​pagi tadi.

Sementara itu, ​​Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Mohd Arifin Mohd Arif ​berkata​,​ pihak PBNS dan para penerima amatlah berterima kasih atas jasa dan budi baik penyumbang kerana dengan adanya sumbangan ini maka dapat melaksanakan beberapa program bantuan dan agihan​.
​​​
“Dalam Islam sendiri dengan jelasnya kita telah dididik dan diajar bahawa setiap wang ringgit atau harta yang kita miliki ada haknya yang perlu diagihkan kepada yang memerlukan.

“Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada orang Islam khasnya termasuk badan-badan korporat yang mempunyai lebihan pendapatan agar sudi membuat sumbangan sedekah jariah kepada PBNS bagi memastikan kelangsungan program agihan dapat dijalankan​,” jelasnya.​

Ariffin turut ​menyarankan agar PBNS terus mempergiatkan aktiviti kutipan dari masa ke semasa ​selain dapat memberikan penerangan serta maklumat yang jelas kepada orang ramai, jabatan-jabatan ​serta organisasi untuk membuat sumbangan kepada PBNS​./PENERANGAN​-​

Arifin bergambar bersama para jemputan daripada ​SAR.​

Komen


Berita Berkaitan